Funded Trading MasterClass

Pengalaman pertama saya trade futures bermula pada tahun 2018/2017.

Pada waktu itu funded programme ni dah ada dan saya ingat lagi saya bermula dengan Earn2trade pada waktu itu selepas diperkenalkan oleh sahabat saya. Tapi saya tak continue dengan funded programme pada waktu itu sebab rules programme agak strict, tiada kemudahan untuk trade melalui apps dan kena menggunakan laptop windows .

 Jadi agak leceh untuk saya sebagai pengguna Macbook pada waktu tu. So saya opt out dan teruskan trade FCPO/CL melalui akaun broker lokal seperti biasa.

Sepanjang 6-7 tahun trade FCPO/CL ni banyak pengalaman saya lalu yang mematangkan saya sebagai trader. Dah pernah rasa profit dan loss 6 figures dalam trading ni.

Dan bagi saya tu semua mematangkan saya dan bantu saya banyak dalam proses pembelajaran. Ada banyak beza trade 1 lot dan trade 40 lot dalam futures. 


Tahun ni saya mula semula journey dalam funded programme. Trading game di funded programme dan menggunakan akaun sendiri ada sedikit perbezaan tapi masih memerlukan asas trading yang sama.

Tapi pengalaman saya trade di akaun sendiri 6-7 tahun yang lepas banyak bantu mempercepatkan learning curve saya belajar di funded programme ni.

Cuma ada strategi-strategi yang berbeza yang hanya boleh digunakan di funded programme dan ada yang hanya boleh digunakan di akaun sendiri.

Saya explore dan embrace journey saya dalam funded programme ni. Belajar sebanyak mungkin dan improvise daripada setiap kegagalan saya dan sampai sekarang ni masih juga belajar untuk terus improve lagi.

Tapi alhamdulillah target akhir tahun more or less tercapai untuk funded programme ni selepas dapat total payout yang alhamdulillah agak ok. Ini sebahagian daripada payout saya pada tahun ini Alhamdulllah.


Apa yang saya akan kongsikan dalam Funded Programme Masterclass ni bukanlah magic.

Takde ilmu yang boleh terus buat kita pass account serta merta.

Ilmu boleh dipelajari tapi experience mengaplikasikan ilmu tu takde shortcut. Saya dah trade 6-7 tahun dalam futures jadi mungkin itu melajukan sedikit learning process saya untuk funded programme ni.

Tapi apa yang saya boleh buat adalah kongsikan Trading process saya, cara saya berfikir dalam trading saya kepada korang supaya korang boleh memendekkan learning curve korang dalam mempelajari selok belok trading dalam funded programme ni. 

Apa yang saya akan kongsikan dalam Funded Programme Masterclass ni ?
(PS: Saya masih dalam proses menyiapkan video untuk course ni dan akan officially launch insyaAllah harapnya by 1st half Januari nanti.Untuk yang register sekarang, PM saya selepas register utk saya masukkan sekejap dalam channel sementara)

1) Method
-Ini adalah komponen yang paling tak penting sebenarnya. Tiada magic tentang teknik saya trade jadi kalau korang mengharapkan magic maka course ini bukan untuk korang.

Tapi method saya ni saya dah gabungkan dengan 2 komponen yang lebih penting dalam trading iaitu part trading psychology dan risk management.

-Cara saya trade,decide untuk EP, hold TP yang besar(Sehingga berjaya besarkan akaun funded saya macam gambar di bawah) cara saya decide SL yang kecil (5-7 ticks kadang2) , cara saya trail position as trend continue dan cara saya tambah lot dalam trading 

-Falsafah trading saya dan cara saya melihat market.

-Belajar cara utk decide bila nak lebih agresif dalam market dan bila nak backoff .

2)Mind

-Saya akan berikan akses kepada trading psychology mini masterclass (Kecuali untuk basic subscriber) yang mana saya akan cuba go into lebih detail tentang trading pscyhology secara mendalam.  (As of 28/12, jangkaan saya mungkin mini masterclass ni akan siap by February. Sekarang saya tengah siapkan video untuk part method) 

-Part mind ni adalah part yang paling penting dalam trading jadi saya akan kongsikan dan harapnya boleh reset minda kita dalam cara kita berfikir tentang trading ni.

-Ramai traders bermula dengan mindset yang salah dalam trading ni yang menyebabkan kita ada expectation yang tak realistik tentang masa yang kita perlu ambil untuk berjaya dalam tradng. Kita akan bincang ni sambil2 sepanjang course nanti.

3) Money
-Ini adalah part risk  dan money management. Komponen yang penting juga berbanding method atau teknik kita trade.

-Saya nak tunjukkan beberapa cara pandang yang kita boleh tengok terhadap funded programme dan cara kita nak diversify risk kita, cara kita memandang win rate (yang sebenarnya tak perlu tinggi untuk kita being profitable dalam funded programme) dan beberapa topik yang mungkin jarang dibincangkan dalam sesi -sesi lain. 

-Ini adalah satu cabang ilmu yang saya banyak belajar hasil experience dan pembacaan daripada ramai market-market wizard yang dah terbukti kehebatan mereka dan saya gabungkan bersama style trading saya.


4)Strategi -strategi dalam evaluation dan PA yang saya pernah gunakan
5)Kesilapan-kesilapan dan case study hari-hari yang saya berjaya pass dan fail dan WD



BONUS (Untuk Extra Package ) 

1)Saya berniat untuk cuba update 1 video sebulan untuk kita buat pembelajaran berterusan.
2) Akan ada group telegram 2 hala
3) Antara video-video akan datang yang saya plan untuk kongsikan adalah case study daripada other funded trader, case study market, lesson yang kita boleh belajar daripada legendary market wizard dalam futures untuk kita aplikasikan di funded programme, update knowledge baru yang saya dapat untuk improvise lagi trading system saya.
4) Dapat percuma Trading Psychology Mini Masterclass dan akses rakaman kelas FCPO Setup 30 ticks saya yang gabungan keduanya bernilai lebih RM3K.


Untuk Yang Ambik Pakej Basic
-Hanya akan dapat akses kepada course yang officially launch pada bulan januari nanti sahaja.
-Bonus-bonus lain tak dapat. Tiada group telegram dan update kepada course.


Untuk yang ambik pakej PC:

-Dapat benefit sama macam Extra Package.

-Benefit tambahan dapat akses personal coaching dengan saya jika perlukan 1-1 atau small group coaching untuk bincangkan secara personalised isu-isu tertentu dalam trading.

-Limited kepada max 2 sesi dan setiap sesi 1-2 jam bergantung keadaan.


PERINGATAN LAGI SEKALI SEBELUM KORANG NAK BELAJAR
1) Tiada shortcut dalam trading. Jangan mulakan trading journey korang dengan mindset macam tu. Jangan FOMO tengok kawan dah dapat WD dalam masa sebulan dan korang belum dan rasa itu adalah normal. 

Falsafah trading saya adalah untuk kita fokus pada process trading kita dan perbaiki satu persatu. 
Kita fokus pada proses , result akan datang nanti.

Ramai yang tersilap langkah fokus pada result hingga terabai banyak cabang-cabang penting dalam proses.

2) Saya offer 50% diskaun untuk course ni untuk masa terhad. Masukkan kod "funded2024" di ruangan kupon.
Tapi selepas diskaun pun harganya bagi saya taklah mahal sangat (sebab saya pernah join kelas yang lebih mahal) dan taklah murah sangat (sebab ini value yang saya letak untuk experience saya).

Jadi kalau korang join dengan niat nak belajar teknik sahaja,maka saya rasa tak perlu join course saya. Sebab ada banyak lagi teknik yang advance di luar sana. Saya guna teknik yang simple je.

Tapi kalau korang nak belajar thought process saya, trading process saya,trading journey saya, cara saya tengok market dan buat decision sehingga dapat mencapai total WD lebih 50k USD, then mungkin course ini adalah untuk korang.

3) Yuran extra package saya selepas diskaun adalah RM1500 bersamaan dalam 300-350 dollar lebih kurang. Bersamaan dengan 10 evaluation account. 
Saya tak boleh janjikan korang akan pass terus selepas belajar.

Tapi saya jamin korang akan belajar sesuatu yang bermanfaat daripada trading style saya.
Kalau korang follow 100% style, saya rasa ada 40-60% chance untuk korang boleh berjaya withdraw dalam masa setahun (atleast dan bergantung dengan past experience trading korang juga

Kalau korang boleh pecahkan mindset lama dan follow style saya dengan lebih cepat dan yakin dengan style yang saya  ajar,maybe boleh WD dengan lagi cepat. Saya tak jamin sebab anything boleh jadi dalam trading kan. Tapi hopefully korang akan belajar sesuatu yang bermanfaat la.

Saya mengajar dengan harapan korang semua atleast boleh withdraw 2k usd by setahun ni dan cover balik yuran kelas ni. 


4) Saya jenis yang tak berapa aktif dalam group telegram sebab saya bukanlah menghadap chart 24 jam . Saya kadang-kadang trade sambil buat benda-benda lain. Maka kalau korang jenis yang mengharapkan buycall maka ini bukan juga untuk korang. Saya aim untuk ajar korang sehingga korang boleh memancing sendiri dan bukan tunggu diberikan ikan. 

Tapi apa-apa soalan boleh je tanya dalam group cuma akan ambil masa untuk saya reply. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Funded Trading Basic
Funded Trading Masterclass Extra Package
Funded Trading Masterclass + Personal Coaching
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN